Make Me Strong - Sami Yusuf

Wednesday, June 27, 2012

MAMPUKAH AKU?

Assalamualaikum,


Herankan dengan tajuk kat atas. Iya, mampukah aku meneruskan perjuangan ini yang semakin hari semakin sukar. Tapi, In-Sya-Allah akan aku laksanakan juga biarpun hingga ke nafas akhir. Alhamdulillah, tika ini aku telah diberi sedikit kekuatan oleh Allah SWT untuk mencoretkan sesuatu. Bagi yang mengenaliku secara dekat, mesti tahu keadaan kesihatan ku yang kurang elok. Kondisi mental dan rohaniku sangat tidak stabil. Jari-jemari ini mengetuk papan kekunci dengan sedikit terketar-ketar. Apa pun alhamdulillah ^__^ iye dok?


Ok, apakah yang inginku katakan hari ini ya? mmmm sepanjang hari ini walaupon kadang-kadang emosiku agak tidak keruan, aku banyak berfikir. Antara yang aku fikirkan ialah tentang KHADIJAH BINTI KHUWAILD & RABIATUL ADAWIAH. Apa yang membuatku boleh berfikir sampai ke situ?


Satu hari aku pergi berjumpa dengan seseorang yang 'arif''. Dihujung perjumpaan itu aku ingin suarakan sesuatu, tapi tidak di utarakan. Peliknya, beliau berkata seperti tahu isi hatiku, "Muhammad Al-Amin itu penjaga amanah yang  jujur dan lagi mulia …. Khadijah Khuwailid itu seorang hartawan lagi dermawan..”. Adalah lagi kata-katanya yang aku kurang faham dan jelas. Tapi, aku fikir aku faham maksud tersiratnya.


Jadi, hari ini aku pon 'search' lah kat tenet ni tentang siapa Saidatina Khadijah binti Khuwailid ini. Jumpalah kisah hebatnya beliau tuh kat SINI. Aku malas nak copy paste sebab banyak sangat artikel sama dah digunakan kat blog-blog lain. Ma-Sya-Allah hebatnya isteri pertama baginda Rasulullah SAW.  Aku nih, kat post-post lama asek cakap nak jadi macam beliau, tapi tak kenal beliau betol-betol, ish buat malu sahaja. Aku pon jadi terfikir, yang mana lagi susah, nak jadi seperti Saidatina Khadijah ker atau seperti Rabiatul Adawiah?


Mari kita tengok, jadi isteri solehah lebih senang atau nak jadi wanita solehah lebih senang. Mari ^__^...


1. Ciri-ciri wanita solehah:

  • Mendirikan solat tepat pada waktunya
  • Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
  • Tak meninggikan suara ketika marah
  • Sopan santun perilakunya
  • Sentiasa menjaga maruah dan pakainnya
  • Pandai mengambil hati orang tua
  • Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
  • Murah dengan senyuman
  • Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya
  • Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,saudara mahupun sahabatnya
  • Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
  • Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar
sumber: http://blog.radhio.com/2012/04/ciri-wanita-solehah/
saya tambah sikit lagi: rajin berzikir dan berqiyamullail (iyelah kan nak jadi seperti Rabiatul Adawiah)

2. Ciri-ciri Isteri Solehah
  • semua ciri-ciri wanita solehah kat atas kena wajib ada
  • tambah dengan ciri-ciri seorang isteri yang baik --> klik kat sini jerlah
  • atau senang cakap jadi isteri yang taat pada suami.
tapi bagaimana nak taat pada suami? 
ini kot?
10 Ciri-Ciri Isteri Solehah
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
saya tambah: kalau nak bangun malam kena minta izin, kena dahulukan ibubapa suami dari ibubapa kita, nak keluar atau buat apa-apa kena mintak izin, kena dahulukan suami dari keninginan kita atau anak-anak. 
Saya ada banyak lagi senarai ciri-ciri isteri solehah, nak dekat seratus. Ish tak taulah mampu ke tak ikut dari senarai tuh. 
 Kesimpulannya, sebenarnya lebih susah nak jadi seperti Saiyidah Khadijah binti Khuwailid atau mana-mana isteri-isteri para nabi yang solehah. Atau paling kurang isteri-isteri solehah. Sangat susah sebenarnya. Ini mengingatkan saya pada seseorang yang saya kenal yang saya panggil kak Kama. Dari segi penampilan beliau memang bertudung litup bak kata menutup aurat seperti muslimah sejati. Saya suka perhatikan dia. Apabila kami rakan-rakan sekerja perempuan "berbual" dia jarang turut serta. Kecuali hal-hal yang sepatutnya. Disebabkan dia ada anak kecil, dia tidak pernah jemu mengepam susu untuk anaknya itu. 
Pernah saya berbual tentang apa yang nak di masak untuk berbuka puasa tahun lepas dengannya. Tika itu, kak kama sedang sarat mengandung, saya pon berkata; "eh kak kama masih memasak lagi?" beliau menjawab, suami dan anak-anak suka makan masakan rumah kenalah masak. Bayangkanlah keadaannya yang mengandung 6-7 bulan masih sibuk memasak dibulan Ramadan.
Tahun ini sedang saya melepak-lepak di surau (lelap jap hehe) kak kama seperti biasa kutemui, entah bagaimana kami berbual tentang masakan (biasalah pompuan). Saya pon cakap, "kak kama nih taat sungguh". Dia jawab sambil senyum, "taat tuh memang senang cakap tapi nak buat taat tuh susah sebenarnya". Sebenarnya kalau nak cerita siapa kak kama nih memang tak larat nak taip sebab saya dah berpinar dah mata ha.Apapon, saya akui susah sebenarnya nak jdai ISTERI SOLEHAh. Sebab tuh, kalau dah jadi isteri solehah sebelah kaki sudah dalam syurga. Allahuakbar! 
Jadi bagi yang sudah bergelar isteri, berusahalah untuk buat yang terbaik bagi menjadi isteri solehah. Dan bagi yang belum lagi bergelar isteri, berusahalah kearah itu dengan berusaha menjadi wanita solehah dulu.
Aku? Aku belum berada di mana-mana lagi. Ya Allah jadikanlah aku seorang anak yang Solehah, Wanita Solehah dan akhirnya mengecapi nikmat ISTERI SOLEHAH in-Sya-Allah. Ameen..

p.s#  tapikan, kalau jadi Rabiatul Adawiah pon bagus juga. hehehe kalau saya tak kawen harapnya dapatlah sampai tahap beliau. In-Sya-Allah

4 comments:

matdarts said...

Salam....ikut ja mana yang mampu.....tak semestinya kita boleh perfect in everything......moga2 akan jadi isteri yang solehah satu ari nanti......

tcer_mai said...

walaikumsalam,
walaupon saya takkenal anda, tapi terima kasih atas nasihat. In-sya-Allah... jika Allah izinkan saya berkahwin, tapi jika tidak cukuplah sebagai wanita solehah..

hijjabkasih said...

wanita solehah memang susah untuk dicari tetapi banyakka bersabar dan tidak salah membentuk isteri menjadi wanita solehah

tcer_mai said...

Oh terima kasih.. insyaAllah, semoga Allah kurmiakan saya kesabaran dan lekuatan.